Bersendiri lebih baik atau berdua lebih baik? Hmmm aku tak mampu nak kata apa-apa sekarang nii. Apa yang aku inginkan ialah ketenangan, "Ketenangan" untuk diri ini yang tengah rasa tak okay. Serabut mengelilingi diriku. Apa yang aku buat sekarang ni, banyak yang tak kena kat diri dan kepala ni. Hmm sampaikan aku rasa, aku hanya ingin kunyah ais batu tak henti-henti, kenapa ais batu? Hmm entah, tadi aku pergi makan, itu pun sikit je kot mampu, habis makan, aku kunyah ais, tak henti-henti sebab benda tu buatkan aku rasa "C O O L" sikit, tapi kalau tak kunyah lagi, buatkan kepala aku serabut balik. Aku tak tahu la apa yang aku serabutkan sebenarnya, seriously aku tak tahu. Adakah pasal dia? Hmm entahlaaa, tak tahu nak cakap apa lagi, mampu berdiam diri je. Dia pun bukannya tak boleh kalau aku tak ada dalam hidup dia, "M A Y B E"! Serabut! Serabut! Serabut! Aku tersangat Serabut sekarang ni! Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Orang takkan tahu dalam hati kita ni macam mana sebenarnya. Apa yang diaorang nampak hanya luaran sahaja. Kalau aku luaran selalu nampak ceria dan gelak tapi dalam hati aku ada sesiapa tahu? Hanya "ALLAH" yang tahu perasaan dekat hati ni, apa yang aku rasa saat ini. Aku tak mampu nak ucap apa dengan kata-kata, hanya mampu menyepi sementara. Menyepi untuk mencari ketenangan dalam hati ni, maybe kot. Hmm tak tahu laa apa yang aku inginkan sekarang ni. Seriously, aku tak tahu sangat-sangat tak tahu. Serabut menyelubungi, sampai rasa apa aku buat semuanya jadi hambar dan malas. Malas dari segala macam kat hari-hari aku. Haihh! Takpelaaa, cuba untuk staykan hati, kuatkan hati, tabahkan hati. InshaAllah, aku cuba yang terbaik! "Ameen".